12 Jul, 2021 → by ClaimboUser296869
Dicaj lebih daripada tambang asal

1

Salam, Saya Jacintha, ingin membuat aduan kerana saya telah dicaj lebih daripada jumlah asal semasa saya menaiki KTM Komuter bertarikh 7/7/2021. Saya telah menaiki KTM dari Stesen Kajang ke Tampin dan ketika ingin akses keluar menggunakan kad TNG saya, mesin tersebut menyatakan baki dalam kad saya tidak mencukupi, di mana jumlah dalam kad tersebut lebih daripada mencukupi untuk perjalanan saya pada ketika itu. Oleh yang demikian, saya terpaksa keluar dari stesen tersebut untuk mengisi jumlah dalam kad saya (stesen tersebut tidak mempunyai kaunter untuk menambah baki dan saya telah dibenarkan untuk keluar untuk mengisi jumlah kad saya) Sila lihat lampiran yang telah saya sertakan dalam email ini untuk rujukan anda. Saya amat berharap pihak tuan/puan akan mengambil tindakan sewajarnya keatas aduan saya ini. Terima kasih. Jacintha
Helpfull? 0 likes

Post your comment:



Do you want to help? Probably you've just been in a similar situation, know the solution and want to help? Perhaps you are just a kind person who has advice on the merits. Please write your comment — you can do a good breed.

If you are actual Representative of KTM / Keretapi Tanah Melayu you can contact the user using the comment form and help resolve the situation. The user can always mark his complaint as "resolved". Maintain your brand image, it is FREE.
Copyright © 2024 CLAIMBO.COM. All rights reserved.