1 Jan, 2018 → by ClaimboUser440256
Issue on car accident claim
*SOLVED

2

Dukacita kami ingin memaklumkan bahawa kami amat tidak berpuashati dengan khidmat yg diberikan kepada kami berhubung dengan proses permohonan ganti rugi kemalangan kereta kami. Pegawai terlibat: 1. En. Azmil 2. En. Romeno Berikut adalah kronologi insiden: 30/01/2010 lebih kurang Jam 8.50pm : kami terlibat dalam satu kemalangan 30/01/2010 lebih kurang jam 10.00pm : kereta kami dihantar ke Perodua Service Centre (Johor Bahru 3) 01/02/2010 : Pegawai yg bertanggung jawab menyatakan bahawa segala ganti rugi perlu dituntut dari pihak insuran kami(MAA). Kami tidak bersetuju atas alasan kesalahan bukan disebab oleh kami dan segala kerugian perlu dituntut dari pihak yang melanggar kami(3rd. party). Walaubagaimana pun pegawai tersebut masih berkeras dengan keputusannya. Setelah menghubungi pihak insuran kami(MAA) kami diberitahu kami memang berhak untuk membuat tuntutan daripada pihak yang melanggar kami(3rd. party). Setelah beberapa kali menghubungi pegawai terbabit, beliau masih dengan keputusan untuk memohon ganti rugi dari pihak insuran kami serta turut menyatakan bahawa kami harus membayar sejumlah amaun sebagai penalti sekiranya jumlah tuntutan yang diluluskan lebih rendah dari jumlah kos pembaikpulihan kereta tersebut. Lebih kurang 2 minggu selepas kemalangan: Kami terpaksa bersetuju dengan keputusan beliau tetapi meletakkan syarat agar segala maklumat permohonan ganti rugi yang akan dibuat harus dimaklumkan kepada kami dan kami harus berada di Perodua Service Centre (Johor Bahru 3) semasa "adjuster" membuat anggaran kerugian/kerosakan. Setelah mendengar syarat-syarat ini barulah beliau meminta untuk berbincang dengan pegawai atasan beliau terlebih dahulu dan akhirnya bersetuju untuk membatalkan pemohonan tuntutan ganti rugi daripada pihak insuran kami(MAA) dan membuat tuntutan dari insuran pihak yang melanggar(3rd. Party). 02/03/2010: Apa yang mendukacitakan ialah setelah sebulan, kereta kami masih belum dibaik pulih lagi. lebih teruk apabila kami diberitahu oleh pihak insuran kami(MAA) yang mereka baru sahaja menerima permohonan tuntutan ganti rugi pada 01/03/2010. Ini tidak sepatunya berlaku kerana sebelum ini kami diberitahu oleh pegawai terbabit bahawa segala permohonana tuntutan telah dibuat kepada pihak yang melanggar(3rd. party). Sekali lagi kami menghubungi pegawai terbabit dan beliau menyatakan "tuntutan telah dibuat dari pihak yang melanggar(3rd party) melalui pihak insuran kami(MAA), tuntutan melalui insuran kami(MAA) adalah sebagai satu prosedur". Beliau juga menyatakan bahawa pihak adjuster(wakil MAA) telah melakukan taksiran kerugiankerosakan walhal tidak sampai 30 minit sebelum itu pihak insuran kami(MAA) meminta kami untuk menghubungi pegawai terbabit terlebih dahulu sebelum mereka(MAA) mengeluarkan arahan kepada "adjuster" untuk melakukan taksiran. Kami juga cuba untuk untuk mendapatkan penjelasan dari pihak insuran kami(MAA) berkaitan prosedur tuntutan ganti rugi, pihak insuran menyatakan bahawa tiada sebarang prosedur seperti yang dinyatakan oleh pegawai terbabit. Tuntutan harus dibuat terus ke pihak insuran yang melanggar dan bukan melalui insuran kami. Kami juga diberitahu kemungkinan kami tidak dapat membuat tuntutan penuh untuk "kerugian tidak dapat menggunakan" kenderaaan kami kerana segala tuntutan untuk itu hanya boleh dituntut mengikut tarikh permohonan tuntutan ganti rugi. ini bermakna segala kos sewa kereta bermula dari 1/02/2010 hingga 28/02/2010 kemungkinan tidak bole dituntut. Untuk pegetahuan pihak Perodua, sepanjang tempoh sebulan ini kami juga gagal untuk berbincang /menghubungi pihak atasan pegawai terbabit dengan alasan tiada dipejabat atau sedang menghadiri "meeting". Kami ingin meminta kerjasama dari pihak Perodua untuk membantu kami yang seperti dipermain-mainkan. Kami merasakan bahawa ada pihak yang cuba untuk mengambil kesempatan diatas kesusahan yang kami hadapi(kemalangan kereta). Sebagai sebuah syarikat yang besar dan sering dibanggakan di negara ini, saya amat dukacita dan terkejut kejadian seperti ini bole berlaku. Sila hubingi saya: Abdul Halim Ahmad @ [protected]
Helpfull? 0 votes

Post your comment:



Do you want to help? Probably you've just been in a similar situation, know the solution and want to help? Perhaps you are just a kind person who has advice on the merits. Please write your comment — you can do a good breed.

If you are actual Representative of Perodua you can contact the user using the comment form and help resolve the situation. The user can always mark his complaint as "resolved". Maintain your brand image, it is FREE.

Copyright © 2023 CLAIMBO.COM. All rights reserved.