22 Feb, 2021 → by ClaimboUser513511
Minyak tidak ada oleh pembantu petrol pam
2
Pada 21 Feb 2021 jam 3.48 petang, saya telah ke stesen minyak Petronas Cyberjaya untuk mengisi minyak 90N berjumlah RM10 yang mana setelah pembayaran dibuat di kaunter, pembantu pam petrol seorang warga Bangladesh telah beria untuk bantu mengisi minyak. Semasa mengisi minyak dia membiarkan pam disangkut kepada mulut tangki minyak kereta saya dan dia membersihkan cermin belakang dan depan kereta sementara itu saya menunggu di dalam kereta. Setelah selesai menutup mulut tangki minyak, saya terus bergerak tanpa melihat bar minyak dan mesin pam. Setelah bergerak 1km bar minyak masih tidak bergerak dan saya kembali ke petronas dan bertanya tentang masalah berkenaan. Supervisor telah mencetak resit mengatakan jualan telah berlaku malah pekerja Bangladesh juga telah menafikan. Mohon perkara ini diatasi kerana saya juga menerima video daripada rakan yang juga menjadi mangsa yang sama.