18 Apr, 2019 → by ClaimboUser906668
sikap biadap dan tidak profesional kakitangan di pusat panggilan petronas klcc di talian 03-[protected]

2

Salam sejahtera, Tarikh : 18/4/2019 Masa : 10.05 am Lokasi : pusat panggilan petronas di talian : 03-[protected] Pada 18/4/2019 antara jam 10.05 am pagi saya menghubungi syarikat petronas, klcc di talian 03-[protected]. seorang wanita menjawab panggilan tersebut. saya memaklumkan kepadanya bahawa saya memerlukan alamat surat-menyurat human resources department di syarikat petronas bagi melengkapkan cover letter (surat permohonan kerja). saya langsung tidak diberkan alamat tersebut. saya diberitahu bahawa permohonan kerja boleh dibuat di lamanweb petronas. apabila saya cuba bertanya hal yang sama kepada kakitangan tersebut, beliau tidak menjawab soalan saya dan beliau dengan sengaja membiarkan panggilan tersebut (saya dapati nada berlagu dalam talian) dan akibat menunggu agak lama saya menamatkan panggilan tersebut. Tarikh : 18/4/2019 Masa : 10.15 am Lokasi : pusat panggilan petronas di talian 03-[protected] Pada 18/4/2019 antara jam 10.15 am pagi saya cuba menghubungi sekali lagi syarikat petronas, klcc di talian 03-[protected]. seorang wanita lain menjawab panggilan tersebut. saya memaklumkan kepada beliau bahawa saya memerlukan alamat surat menyurat human resources department di syarikat petronas bagi melengkapkan cover letter (permohonan kerja) saya tetapi pihak beliau langsung tidak memberikan alamat tersebut dengan alasan tiada human resources department mahupun recruitment department di petronas klcc. saya agak kecewa dengan jawaban yang tidak munasabah daripada beliau. saya juga diberitahu oleh beliau bahawa permohonan kerja boleh dibuat melalui lamanweb petronas. beliau juga memberitahu kepada saya bahawa sekiranya saya cuba menghantar surat, resume atau apa-apa yang berkaitan permohonan kerja maka pihak yang menerima surat tersebut akan memasukkan ke dalam tong sampah. saya terkejut dan kecewa dengan sikap biadap dan tidak profesional kakitangan di pusat panggilan tersebut. Saya ingin pihak yang berkenaan di dalam syarikat petronas memberikan penjelasan dan jawapan daripada soalan di bawah :- 1) adakah benar seperti dimaklumkan oleh kakitangan pusat panggilan petronas di talian [protected] bahawa pihak human resources/recruitment department petronas akan membuang semua surat permohonan kerja, resume dan berkaitan melalui serahan pos/tangan/email dan lain lain lagi akan dibuang ke dalam tong sampah? adakah ini menjadi suatu tradisi di syarikat petronas? 2) adakah benar seperti dimaklumkan oleh kakitangan oleh kakitangan pusat panggilan petronas di talian 03-[protected] bahawa syarikat petronas tiada human resources/recruitment department? 3) adakah benar syarikat petronas tidak membenarkan kakitangan di pusat panggilan petronas di talian 03-[protected] untuk memberikan alamat surat-menyurat human resources department kepada sesiapa yang menghubungi mereka? 4) adakah kakitangan di pusat panggilan petronas di talian [protected] tidak berpengetahuan tentang syarikat petronas? Dengan ini, saya berharap agar pihak yang bertanggungjawab di syarikat petronas menjawap segala pertanyaan dan kemusykilan saya ini. prihatin, nilai murni dan sikap profesional daripada pihak kakitangan syarikat petronas terutama di pusat panggilan petronas di talian 03-[protected] dapat dipertingkatkan. Ikhlas, Haidah
Helpfull? 0 votes

Post your comment:



Do you want to help? Probably you've just been in a similar situation, know the solution and want to help? Perhaps you are just a kind person who has advice on the merits. Please write your comment — you can do a good breed.

If you are actual Representative of Petronas you can contact the user using the comment form and help resolve the situation. The user can always mark his complaint as "resolved". Maintain your brand image, it is FREE.

Copyright © 2023 CLAIMBO.COM. All rights reserved.